Sudah lama rasanya peminat Star Wars mahukan lebih aksi daripada Obi-Wan Kenobi selepas tidak puas dengan penampilannya yang cool dalam filem Star Wars. Bermula dengan sekadar idea pemintaan peminat, pelan menjayakan siri ini dilihat semakin dekat dengan adanya platform Disney+ dan pada hari ini pihak Bob Iger selaku CEO Disney telah mengesahkannya.

Lebih menarik, Disney+ berjaya merealisasikannya dengan pemilihan Ewan McGregor sebagai Obi-Wan Kenobi.Berdasarkan perancangan awal, difahamkan pihak Disney mahu menghasilkan filem solo bagi Obi-Wan Kenobi sepertimana filem Han Solo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
star-wars-obi-wan-kenobi-ewan-mcgregor
Sumber: collider

Untuk pengetahuan, bukan sahaja para peminat yang menantikan aksi terbaru Obi-Wan Kenobi malah Ewan McGregor antara yang teruja untuk menjayakannya sekali lagi.

Walau bagaimanapun, pelan ini telah diubah kepada siri TV menampilkan enam episod. Setakat ini belum diketahui siapakah pelakon lain yang bakal terlibat dalam siri TV yang dinantikan peminat Star Wars ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman terbaru daripada pihak Disney.