The Walt Disney Company bakal memeperkenalkan saluran makanan yang dikenali sebagai Disney Eats. Saluran online ini akan menyajikan rancangan kulinari dan produk-produk yang bersesuaian untuk tontonan keluarga.

Pengenalan laman web ini ditujukan khas kepada generasi cilik yang tidak asing lagi dengan penggunaan YouTube. Antara rancangan yang bakal disiarkan di Disney Eats ialah “Kitchen Little” yang akan memaparkan penyertaan kanak-kanak yang disertai dengan chef selebriti. Rancangan ini dibawa kepada penonton hasil kerjasama Disney Eats dan Tastemade.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pihak Disney, rancangan yang dipaparkan pastinya mengikut garis panduan pemakanan sihat selari dengan usaha yang dipromosikan oleh syarikat itu sendiri pada 2012 yang lepas. Mungkin selepas ini ramai generasi cilik yang mempunyai minat dalam bidang kulinari.