Selepas setahun berlalu, akhirnya gabungan antara Disney dan 21st Century Fox (parent company kepada 20th Century Fox) akhirnya selesai. Pemilikan secara sah ini akan termaterai tepat jam 12 malam pada 20 Mac 2019 (waktu Amerika Syarikat). Disney bijak memilih 20 Mac 2019 sebagai tarikh untuk gabungan bersejarah ini.

Disney kini secara sah akan menjadi pemilik baharu untuk semua aset 21st Century Fox dan 20th Century Fox antaranya Deadpool, X-Men dan Fantastic Four. Aset ikonik lain yang bakal Disney miliki adalah Avatar.

https://twitter.com/johne1998/status/1107995109058990083

Gabungan bernilai USD71.3 bilion ini dilihat sebagai gabungan paling besar dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat dan bakal mengubah landskap dunia hiburan di sana. Peminat setia Marvel pastinya yang paling gembira kerana mereka berpeluang untuk melihat watak-watak ikonik X-Men, Deadpool dan Fantastic Four dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Antara yang pertama gembira dengan berita ini tidak lain tidak bukan adalah Ryan Reynolds. Beliau memuat naik gambar Deadpool di Instagram yang dilihat sedang memakai topi telinga Mickey Mouse menuju ke Disneyland.

Artis visual terkemuka Bosslogic turut memuat naik semula poster yang pernah dihasilkan beliau tahun lalu tetapi ditambah watak Deadpool diatasnya. Gabungan ini hadir selepas Avengers: Endgame dan kita tunggu dan lihat, apa yang Disney dan Marvel Studios bakal rancang untuk watak-watak baharu MCU. Kami mahu Avengers vs X-Men!