Industri filem Hollywood antara yang paling terkesan akibat COVID-19 di Amerika Syarikat. Disney semalam telah mengumumkan tarikh baharu untuk filem Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 4. Filem Black Widow yang sepatutnya ditayangkan hujung bulan April telah ditunda ke bulan November 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Begitu juga untuk filem lain MCU yang akan dianjak ke tarikh yang baharu. Ia berikutan ada filem yang sepatutnya menjalankan penggambaran perlu diberhentikan seketika dan mustahil untuk disiapkan pada masa yang telah dirancang.

Black Widow akan ditetapkan pada tarikh 6 November 2020, The Eternals (12 Februari 2021), Shang Chi (7 Mei 2021), Doctor Strange and the Multiverse of Madness (5 November 2021) dan Thor: Love and Thunder (10 Februari 2022).

Filem yang tidak diumumkan sebelum ini telah dikenal pasti sebagai Captain Marvel 2 turut dianjak ke tarikh baharu iaitu 8 Julai 2022. Sama-sama kita sabar menanti kerana kami tahu, pasti ramai yang sudah rindu untuk menonton filem di pawagam.

Berikut merupakan beberapa artikel berkaitan MCU. Baca lagi pada pautan di bawah.

Marvel Studios Sekali Lagi Kongsikan Trailer Rasmi Black Widow Secara Mengejut

Vin Diesel ‘Terlepas Cakap’, GOTG Bakal Muncul Dalam Thor: Love and Thunder