Pastinya peminat adiwira Marvel seperti Iron Man, Spiderman, Captain America dan banyak lagi teruja dengan kehadiran taman tema Marvel yang akan dibuka di Walt Disney Studio Park Paris pada tahun hadapan. Disneyland Paris telah mendedahkan rekaan konsep taman tema Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, bukan sahaja pengunjung akan dapat melihat karakter adiwira kegemaran mereka, malah taman tema tersebut akan hadir dengan Rock N’Roller Coaster berkelajuan tinggi dan live stage production. Para pengunjung juga akan dapat merasai teknologi terbaru di Pym Lab dengan Ant-Man dan Wasp atau menjadi Iron Man, Kapten Marvel, Black Panther, Kapten Amerika dan banyak lagi.

disney art

disney art 2

Tiada tarikh sebenar bila taman tema ini akan mula dibina dan pembinaan taman tema Marvel ini bakal menelan belanja hampir €2 bilion(~RM8 bilion). Boleh mula simpan duit dari sekarang. Pada masa yang sama, Universal Studio atau Six Flags mungkin ambil alih projek taman tema Genting.