Musim cuti sekolah ini mungkin ada dalam kalangan anda merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi anda yang belum mempunyai perancangan dalam masa terdekat apa kata semak gambar-gambar berserta hashtag menarik yang digunakan oleh pengguna Instagram sebagai rujukan.

Beberapa hari lepas Instagram telah mengumumkan data trending sepanjang tahun merangkumi video, gambar dan tempat yang telah dikongsikan oleh hampir 1 billion pengguna Instagram dari seluruh dunia. Daripada keseluruhan gambar dan video yang dikongsi mendapati bahawa Disneyland Tokyo telah diumumkan sebagai lokasi yang paling menggembirakan. Gambar dan video yang di’tag’ menggunakan lokasi Disneyland Tokyo telah mendapat bilangan komen menggunakan emoji ‘love’ hampir sebanyak 14 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya pengunjung yang datang ke Tokyo Disneyland bukan sahaja untuk berhibur tetapi ada juga yang menjadikan lokasi tersebut sebagai lokasi resepsi perkahwinan seperti yang dilakukan oleh pelakon terkenal negara jiran, Sandra Dewi.

Adakah anda juga sudah terpikat untuk melawat ke sana? Berikut kami sertakan sekali video rangkuman trending sepanjang tahun ini menurut Instagram Review 2018.