Tidak lengkap persiapan untuk melancong jika kita tidak membuat tempahan penginapan. Apakah laman web yang menjadi pilihan anda untuk membuat tempahan penginapan?

Mungkin ada dalam kalangan anda yang gemar untuk membuat tempahan di Trivago, Booking.com, AirBnb, Agoda dan banyak lagi. Terbaharu, Facebook page Agoda telah diserang oleh netizen.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Kenapa Facebook page Agoda diserang oleh netizen? Menurut beberapa komen di Facebook page Agoda, kebanyakan mereka menuduh Agoda melakukan ‘scam’ terhadap mereka.

Sebelum ini, Agoda merupakan antara laman web yang boleh dipercayai tetapi berikutan perkongsian beberapa komen yang menyatakan Agoda telah bertindak menipu duit mereka dengan menolak duit dalam bank mereka dan menempah hotel tanpa pengetahuan mereka.

Screenshot 2019-09-05 at 1.57.25 PM

Screenshot 2019-09-05 at 1.56.28 PM

Screenshot 2019-09-05 at 1.56.07 PM

Malah, ada yang mendakwa bahawa terdapat banyak caj tersembunyi apabila menempah dengan Agoda. Selain itu, ada juga mendakwa ada pekerja Agoda yang telah menyalahgunakan akaunnya dan menggunakan wang dalam bank untuk tempahan bilik.

Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang diberikan oleh pihak Agoda. Adakah ini hanya kesilapan pihak Agoda ataupun pihak Agoda telah ‘scam’ ramai orang? Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi pihak Agoda berhubung isu ini.

Pastinya isu ini akan membuatkan ramai orang bersikap ‘skeptikal’ pada laman web penginapan. Klik pautan di bawah untuk ketahui ‘scam’ atas talian lain yang popular di Malaysia.

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Lelaki Ini ‘Kantoi’ Menipu Kerana Inginkan Perhatian Netizen Di Twitter

Anda Mungkin Suka