Sebelum ini kecoh apabila Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dimana wang hasil kegiatan haram oleh lelaki itu disyaki ‘dicuci’ dengan menggunakan perniagaan selebriti tanahair.

Terbaharu, pihak polis kini memburu lelaki tersebut yang merupakan suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sejurus dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kelmarin.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Difahamkan, suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri. Ketika kejadian, pihak polis berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang suspek yang juga merupakan dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu.

Justeru itu, polis kini giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan. Menurut laporan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mangatakan polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Tambahnya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan semula kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Bagi anda yang terlepas berita sensasi ini, apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

BubbleBee Dilaporkan Tutup 4 Cawangan Buat Sementara Waktu

Anda Mungkin Suka