Sebelum ini, kami telah kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Ipoh dengan menaiki ETS. Tidak lengkap sesuatu perjalanan jika tidak jelajah makanan enak di destinasi tersebut, bukan?

Oleh itu, ini adalah beberapa saranan kedai makan yang anda boleh terjah jika anda ke Ipoh. Tidaklah sudah sampai Ipoh baru garu kepala tidak tahu makan apa. Jom kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Green Town Dimsum Cafe

@s.e_cocoandfood

Greentown Dim Sum #greentown #greentowndimsum #greentowndimsumcafe #dimsum #dumplings #breakfast #foodie #myfoodie #makansedapipoh #makanlocal

♬ Это любовь – Амирчик

Green Town Dimsum Cafe adalah sebuah kedai makanan Cina yang halal untuk dinikmati Muslim. Ramai orang yang ke Ipoh tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba dimsum di sini.

Selain dimsum, hidangan lain yang ditawarkan di sini adalah yee mee goreng, chi cong fan dan banyak lagi. Malah, masakan Melayu juga tersedia dan anda wajib cuba white coffee di sini.

2. Konda Kondi Cafe & Bistro

@abamfoodie

📍 Konda Kondi Cafe, Ipoh. Makan dekat sini sedap2. #ipoh #ootd #foodhuntingmalaysia #ipohfoodie #mohkeipoh #fyp

♬ Food – Densky9

Konda Kondi Cafe & Bistro adalah sebuah kafe bergaya hipster dan menawarkan pelbagai pilihan masakan barat seperti chicken chop, pasta, burger, fish & chips, spaghetti dan banyak lagi.

Ramai yang sudah berkunjung ke sini sangat menyarankan untuk cuba sendiri makanan enak di kafe ini. Malah, hiasan dalaman kafe juga cantik dan selesa untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan ataupun keluarga.

3. Suhaimi Cafe

@nrsymmdd

Suka gila coffee vietnam cafe ni! #breakfastipoh #suhaimicafe #ipohtrip

♬ original sound – 🦋Lianna🦋 – Nurlianna

Suhaimi Cafe adalah sebuah kedai makan yang menjadi pilihan ramai untuk sarapan pagi. Menu yang ‘best seller’ di sini adalah roti benggali yang berkuahkan kari ayam dan roti titab kaya berserta dengan telur goyang.

Malah, anda juga perlu mencuba kopi Vietnam di sini yang semestinya sangat istimewa. Rugi jika tak cuba!

4. Miker Pizza

@pandamerahngmy

Ipoh’s best pizza place 🍕🥰 #fyp #fypmalaysia #mikerpizzaipoh @mikerpizzaipoh

♬ About Damn Time – Lizzo

Kalau anda datang ke Ipoh tapi tidak singgah ke Miker Pizza memang anda rugilah. Mana anda nak dapat nikmati rasa pizza yang sedap tapi harga berpatutan?

Restoran ini agak terkenal kerana menyajikan pelbagai pizza yang sedap dan boleh dikatakan bahan-bahan yang diletakkan cukup banyak. Semestinya anda akan berasa puas hati makan di sini.

5. Ipoh Hainan Chicken Rice

@firdausbunny

Finally found the Halal version of IPOH HAINAN CHICKEN RICE #sedapbhai #makanlokal #myfoodie

♬ suara asli – Jeck – Jeck

Sebelum terlupa, anda perlu singgah ke Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan nasi ayam Hainan di sini kerana ayam panggangnya yang manis serta juicy isinya membuatkan ramai yang menyukainya.

Lantaran itu, ramai orang suka makan nasi ayam di sini kerana rasanya yang lebih asli dan sedap. Tunggu apa lagi?

Selepas ini, bolehlah anda ke Ipoh dan mencuba makanan-makanan enak di restoran yang disenaraikan. Ini hanyalah cadangan kedai makan yang anda boleh terjah apabila berkunjung ke Ipoh dan sebenarnya banyak lagi kedai yang boleh anda cuba.

Sementara itu, kami kongsikan destinasi yang boleh anda kunjungi di Ipoh untuk ‘day trip’. 

Naik ETS Ke Ipoh, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Singgah Untuk ‘Day Trip’

Mungkin Inilah 10 Sebab Kenapa Ipoh Dipilih Sebagai Antara Bandar Menarik Di Asia