Pelancong warga British yang berusia 23 tahun berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana menconteng grafiti pada satu tembok kubu berusia 800 tahun di Thailand.

Melalui rakaman CCTV, pelancong tersebut bernama Lee Furlong dari Britain dan rakannya Brittney Schneider dari Kanada, didapati menconteng grafiti di tempat bersejarah iaitu Tha Phae Gate dengan menulis ‘Scouser Lee’ pada jam 4 pagi.

5190178-6293727-image-a-24_1539932815864

Untuk makluman, sejarahnya kubu tersebut dibina untuk melindungi kota Chiang Mai dan kini ianya merupakan monumen abad ke-13 negara Thailand yang dipelihara. Pihak polis hanya mengambil masa selama 2 jam untuk menangkap Lee Furlong dan Schneider yang dipercayai mabuk ketika melakukan perbuatan tersebut.

5190200-6293727-image-a-48_1539946043539

Lee Furlong mendapat berita buruk dari keluarganya sebelum dia mabuk dan melakukan jenayah tersebut.

Menurut ibu kepada Lee, Michelle Furlong iaitu dia mengetahui perihal anaknya akan dipenjara setelah menerima panggilan untuk mengikat jamin dalam masa 24 jam sebanyak £3,530 (RM131,000) jika ingin anaknya dibebaskan.

5190172-6293727-image-a-27_1539933088592

Perbicaraan mahkamah untuk kes ini akan ditetapkan dua minggu lagi. Jadi anda yang akan melancong ke luar negara jangan ‘gatal tangan’ untuk buat sesuatu seperti ini di negara yang anda akan lawati. Silap langkah ke penjara anda nanti.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →