Sebuah lagi insiden yang menyentuh hati orang ramai berlaku baru-baru ini di Palestin apabila seorang pemuda merangkap pelajar telah ditembak pada kaki oleh pihak Zionis sekitar At-Tur, Jurusalem.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Palestine Chronicle, pihak penduduk serta pelajar telah mengalami konflik bersama pihak askar Zionis yang sekaligus menimbulkan kekecohan sebelum pelajar bernama Bassam Abu Sbeitan ditangkap dan ditembak. Beliau kemudiannya telah diheret dan dibawa pihak Zionis untuk urusan soal siasat.

Lebih membuatkan orang ramai berang dengan pihak Zionis, pelajar ini dilaporkan terpaksa membayar denda kepada pihak Israel. Bukan itu sahaja, beberapa individu serta pelajar lain turut menjadi mangsa belasah pihak Zionis menerusi insiden yang berlaku.

Tindakan yang dibuat pihak Zionis jelas menunjukkan kekejaman mereka sekaligus membuatkan orang ramai yang menyokong Palestin menyelar tindakan zalim yang dibuat terhadap penduduk Palestin.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan wanita ini dibunuh ketika mengembara keliling Amerika bersama tunangnya.

Wanita Dibunuh Saat Mengembara Keliling Amerika Syarikat, Tunangnya Kini Diburu FBI

‘Trending’ Di TikTok, Netizen Sangka Lagu Dinda Dinyanyikan Kumpulan Dari Negara Indonesia