Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular pada minggu ini apabila terdapat sebuah jenama selipar berkolaborasi bersama seorang ternama dalam menghasilkan sebuah selipar. Selipar yang tampil dengan ciri ‘Muslim Friendly’ sekaligus membuatkan selipar ini menjadi buah mulut buat para netizen. Isu yang sedang hangat ini walau bagaimanpun telah dijawab oleh jenama berkenaan.

Dalam pada itu, sebuah jenama yang cukup sinonim buat rakyat Malaysia iaitu Bata nampaknya tidak menunggu lama dalam menampilkan iklan terbaru mereka iaitu selipar Power slip-on yang hadir dengan ciri ‘Wallet Friendly’.

169594597_3909281585799637_8433793943365617513_n (1)

Sumber: Instagram Bata Malaysia

Iklan Bata yang sangat on point dan disasarkan buat syarikat pesaing secara tidak langsung berjaya menghiburkan hati para netizen melihatkan isu selipar ‘Muslim Friendly’ yang sedang hangat dibincangkan.

Lebih menarik perhatian netizen, admin Bata yang sangat friendly di Instagram antara yang membuatkan iklan daripada Bata ini tular sekaligus menjadi free marketing buat Bata. Berikut antara komen netizen mengenai iklan terbaru Bata ini.

Screen Shot 2021-04-09 at 12.55.13 AM

Screen Shot 2021-04-09 at 12.55.01 AM

Hadir dengan harga RM39.99, para pengguna boleh mendapatkan selipar dengan tapak yang lembut dan ringan ini di seluruh rangkaian kedai Bata dan juga di Shopee dengan harga yang berbaloi. Tahniah diucapkan buat Bata atas idea yang kreatif serta mencuit hati para netizen ini.

Minggu ini turut menyaksikan Flipper tampil dengan selipar Muslim Friendly edisi khas TheNoor yang sekaligus turut menjadi buah mulut netizen.

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’

Anda Mungkin Suka