Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai dilancarkan pada pertengahan Oktober lalu, siri iPhone 12 nampaknya berjaya disambut baik oleh pengguna di Malaysia dan juga negara luar. Meskipun ditawarkan pada harga yang premium sewaktu tahun pandemik menyerang, kegilaan orang ramai terhadap model ini nampaknya tidak memberi kesan.

Untuk pengetahuan, siri iPhone 12 sedia ditawarkan pada harga RM3,399 sehingga RM6,699 bagi model iPhone 12 Pro Max. Namun, buat mereka yang mahukan iPhone 12 Pro yang lebih premium dan unik, pengeluar daripada Caviar sedia menawarkannya dengan harga sehingga RM27,405.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Unik kerana tidak mempunyai kamera

iPhone12_StealthGold_6

Sumber: caviar

iPhone12_StealthGold_8

Sumber: caviar

Sekiranya sesebuah model ditawarkan dengan harga yang mahal, pastinya model tersebut unik. Jika tidak, siapa yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkannya.

Kerap menghasilkan kerangka khas buat iPhone, jenama daripada Russia ini memilih untuk menawarkan sesuatu yang berbeza pada kali ini apabila iPhone 12 Pro edisi Stealth ditawarkan tanpa kamera.

Alasannya kerana golongan elit ini lebih mementingkan privasi dan penawaran iPhone 12 Pro tanpa kamera ini membuatkan para pembeli merasa lebih selamat tanpa risau diceroboh para penggodam.

Apa yang lebih pelik, iPhone 12 Pro Stealth keluaran Caviar ini bukan sahaja tampil tanpa kamera bahagian dan belakang, malah sensor LiDAR yang tersedia juga turut ditawarkan. Walau bagaimanapun, para pengguna masih lagi mampu mengakses fungsi Face ID.

Dihasilkan sempena jet pejuang

iPhone12_StealthBlack_13

Sumber: caviar

iPhone12_StealthBlack_472

Sumber: caviar

Menurut Caviar, pemilihan nama Stealth diambil sempena jet pejuang. Dua warna ditawarkan buat edisi terhad ini iaitu titanium alloy dan titanium gold.

Difahamkan demi menjaga eksklusiviti model ini, hanya 99 unit dihasilkan seluruh dunia. Harga bagi iPhone 12 Pro edisi Stealth keluaran Caviar sedia ditawarkan pada harga serendah RM20,250 sehingga RM27,479. Sekiranya privasi menggunakan iPhone sesuatu yang anda dambakan, ini model yang boleh anda pertimbangkan untuk mendapatkannya.

Tular sebelum ini apabila kos untuk menghasilkan iPhone 12 Pro cuma serendah RM1,652 sahaja.

Kos Untuk Hasilkan iPhone 12 Pro Cuma Serendah RM1,652 Sahaja

Baru Sahaja Ditawarkan, iPhone 12 Dilaporkan Alami Masalah Bateri Cepat Habis

Anda Mungkin Suka