Tahun ini, sebuah filem yang menarik dan penuh pengisian berkisar tentang politik telah ditayangkan di laman penstriman iflix. Filem Daulat telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan jalan ceritanya yang berbeza dan ‘fresh’.

Menerusi page Facebook Daulat, satu kenyataan telah dimuat naik dan mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, pihak filem Daulat mendakwa bahawa pihak iflix belum lagi membayar licence fee yang telah melepasi tarikh akhir pembayaran pada 1 Julai 2020.

It’s unfortunate that even when we used our own money to fund our film #DaulatMovie, produce it ourselves because of our…

Posted by Daulat on Friday, 17 July 2020

Menurutnya lagi, bayaran tersebut sepatutnya disalurkan kepada Jibril dan MONA kerana kedua-dua restoran ini yang memberi dana kepada filem Daulat sebelum ini. Penularan wabak pandemik COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada Jibril dan MONA.

Oleh itu, mereka mengharapkan duit licence fee daripada iflix untuk kekal beroperasi. Kami telah menghubungi pihak filem Daulat dan wakilnya mengatakan bahawa pembayaran adalah berfasa tetapi pihak mereka tidak mendapat sebarang bayaran lagi walaupun telah melepasi tarikh akhir pembayaran untuk fasa pertama.

Tambahnya lagi, pihaknya telah cuba menghubungi pihak iflix melalui emel tetapi tidak diendahkan dan jika hubungi menerusi telefon, hanya akan dijawab setelah beberapa kali follow up tetapi jawapan yang diberikan masih tidak mempunyai apa-apa solusi yang konkrit.

Untuk pengetahuan anda, filem Daulat ini telah ditayangkan secara eksklusif di iflix pada 6 April 2020 dan menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin, Christina Suzanne Stockstill dan Zul Zamir.

Ketika artikel ini ditulis, pihak kami telah cuba menghubungi iflix tetapi masih belum mendapat maklum balas. Kami masih menunggu jawapan daripada pihak iflix.

Tahukah anda bahawa Tencent sah ambil alih iflix? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tencent Sah Mengambil Alih Platform Penstriman iflix

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Didakwa Nafikan Hak Pekerja, Pengasas Syarikat Benang Hijau Tampil Beri Penjelasan

Anda Mungkin Suka