Jika dahulu, menjadi kontak rapat dan menjalani kuarantin adalah sesuatu yang asing, namun selepas setahun COVID-19 berada dalam masyarakat kita ianya boleh dikatakan sudah menjadi satu kebiasaan.

Malah mereka yang perlu menjalani kuarantin (sama ada di fasiliti disediakan kerajaan atau persendirian)  sentiasa membuat perkongsian perkembangan semasa mereka bersama pengikut atau kenalan di media sosial.

Seperti perkongsian yang dilakukan isteri kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz, Haflin Saiful di Instagram baru-baru ini yang berkongsikan beliau sedang menjalani kuarantin ‘paling baik’ selepas disahkan positif COVID-19.

https://www.instagram.com/p/CKQO_O0h59E/

Bagaimanapun, sepertimana perkongsian-perkongsian mereka yang menjalani kuarantin sebelum ini, perkongsian dibuat Haflin itu turut menerima reaksi yang bercampur daripada netizen.

Walaupun sebilangan besar daripada netizen mendoakan agar mereka sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dalam berdepan dengan wabak itu namun ada juga yang mempersoalkan tindakannya dalam video itu.

Ia susulan tindakan beliau yang perlu menjalani kuarantin dan sudah pun memakai gelang pengawasan, namun masih melakukan aktivti luar dan berada di pantai.

komen
Antara komen netizen yang mempersoalkan tindakan beliau sebelum ini.

‘Ianya pantai saya’

Menyedari ramai yang mempersoalkan tindakannya melakukan aktiviti luar ketika sedang menjalani kurantin, Haflin kemudiannya tampil menjelaskan perkara berkenaan.

Beliau ketika dihubungi MalaysiaNow memberitahu beliau sebenarnya tidak melanggar kuarantin kerana pantai tersebut adalah pantai milik persendirian.

“Ini adalah kawasan pantai persendirian, teritori saya dan di dalam kompaun saya,” katanya seperti dipetik daripada MalaysiaNow.

Haflin dan anak mereka serta suaminya sebelum ini disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin. Difahamkan, SOP terbaru Kementerian Kesihatan, pesakit COVID-19 dalam kategori Tahap 1 (tiada gejala) dan Tahap 2 (gejala ringan) perlu menjalani kuarantin di rumah.

Hanya suaminya sahaja, Datuk Seri Nazri Aziz yang menjalani kuarantin di hospital manakala beliau dan anaknya pula menjalani kuarantin di Villa Daniella Beach Resort di Bachok, Kelantan.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Netizen Geleng Kepala, Atlet E-Sport Negara Salahkan ‘Kena Bangun Pagi’ Jadi Punca Kekalahan

‘Tiada SOP Pakai Glove’- Dato’ Sri Ismail Sabri Nafi Pemakaian Sarung Tangan Dalam SOP

‘Satu Dalam Sejuta’- Ketabahan Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh Buat Netizen Terharu