Pelawak dan usahawan Shuib hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penonton dan netizen susulan lawak ‘parut kelapa’ yang dibuatnya sebelum ini ditegur dan dikritik kerana dipercayai mengandungi unsur kelucahan.

Lawak yang dibuat ketika babak memarut kelapa dalam satu rancangan komedi yang diterbitkan di salah sebuah stesen TV sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap ianya keterlaluan dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1
tangkap layar lawak yang dibuat Shuib minggu lalu.

Menyedari keterlanjurannya dalam menghiburkan penonton pada minggu lalu sehingga menerima pelbagai kritikan dan teguran di media sosial, beliau hari ini akhirnya tampil memohon maaf dan menjelaskan tentang perkara berkenaan melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Instagram-nya.

“Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Minggu lepas pada hari Khamis ada satu babak itu saya buat memarut kelapa, jadi babak itu dah jadi kontroversi pula.

“Jadi di sini, saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati dan merasakan babak-babak itu tidak sepatutnya dilakonkan,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CI9n35DFVQb/

Tambah beliau, lawak yang dibuat pada hari berkenaan tidak mempunyai sebarang maksud dan tidak berunsurkan kelucahan. Sebaliknya beliau menjelaskan hanya berniat untuk membuatkan penonton terhibur dan ketawa.

“Tapi itulah katalah kalau ada sesiapa yang terasa hati, saya minta maaf InsyaAllah saya tidak akan buat lagi pada masa akan datang,” jelasnya seperti dipetik daripada video berkenaan.

Baca juga perkembangan semasa hiburan yang pernah kami kongsikan sebelum ini bersama pembaca melalui pautan di bawah. 

Dituduh Hina Melayu Dengan Poster BABI, Namewee Akhirnya Buka Mulut

Bermula Dengan Cerita Askar Jepun, Pok Tar Kini Berlakon Spontan Di YouTube

Rakaman Audio Tom Cruise Berang Dengan Kru Produksi Langgar SOP COVID-19 Tersebar

Sumber