Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian daripada seorang netizen yang mendakwa puteri bongsu kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Kejadian itu seperti difahamkan berlaku ketika puteri bongsu YDP Agong iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah melawat Pusat Sains Negara baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-08-25_13-12-11

Walaupun perkongsian tersebut telah dipadam namun Tengku Puteri Jihan pada semalam tampil menjawab dakwaan netizen tersebut di Twitter.

Sambil memetik kembali dakwaan yang ditularkan tersebut yang telah dipadam, Tengku Puteri Jihan menjelaskan beliau dan rombongan lawatan yang bersamanya ke PSN pada hari tersebut sebenarnya memakai pelitup muka.

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1297765526257590272?s=20

Bukan sahaja menafikan dakwaan tersebut, namun beliau dalam satu ciapan berasingan juga dilihat memperbetulkan tanggapan netizen tersebut yang memberitahu mereka menggunakan beg tangan mewah Louis Vuitton ketika lawatan itu.

Sebaliknya beliau berharap agar netizen tersebut tidak hanya membuat anggapan dan menularkan yang beliau dan rombongannya pada hari tersebut memakai beg tangan berjenama itu.

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1297766231932452865?s=20

Penjelasan daripada puteri bongsu YDP Agong tersebut walaupun pendek dan ringkas namun tetap mendapat pujian daripada netizen yang meninggalkan komen di ciapan tersebut.

Ini kerana menurut mereka walaupun tuduhan tersebut ditularkan dan menggunakan bahasa kesat namun beliau masih mampu untuk membalas dengan sopan dan menggunakan perkataan ‘minta maaf’ ketika menjawab dakwaan tersebut.

https://twitter.com/NadiaKamaruddin/status/1297784626442715137?s=20

Dengan segalanya kini berada di hujung jari, orang ramai terutamanya masyarakat sepatutnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab sebelum menularkan sesuatu perkara terutama dengan kuasa tular yang mungkin boleh menimbulkan fitnah.

Malah jika benar seseorang itu melakukan kesalahan sekali pun, mereka sepatutnya menegur dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan daripada menggunakan bahasa kasar yang mungkin boleh menimbulkan rasa kurang senang.

Baca juga rungutan netizen sebelum ini yang marah dengan ‘Imam of Peace’ selepas beliau dikatakan menimbulkan fitnah terhadap Permaisuri Agong di pautan di bawah. 

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter