Bagi mereka yang berniaga, pastinya akan tampil dengan keunikan untuk menarik perhatian ramai.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @themekpah.16 telah berkongsi sebuah video dimana beliau dan rakannya berkunjung ke sebuah kedai makan di Gombak.
@themekpah.16 So yah bertukar alam sekejap 🤫 #kedaiviral #hantuserem #fyp #ytjt #kedaimakanviral #gombak
Menerusi video tersebut, kedai makan tersebut dipenuhi dengan patung hantu dimana pengunjung akan makan ditemani dengan hantu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan dekorasi kedai tersebut.
Malah, ada juga netizen berkata takut mahu singgah ke kedai itu kerana nanti terbawa balik ‘entiti’.
Bukan itu sahaja, para netizen juga menyakat pemilik video itu dengan mengatakan mungkin apa yang mereka makan itu sebenarnya ulat dan kedai itu tidak wujud.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan dikongsikan lebih 3 ribu kali.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa berita yang sensasi sepanjang minggu ini pada pautan di bawah.
Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum
Ini Respons Balas Raja Farah Selepas Namanya Disebut Dalam Sebuah Rancangan
Terpaksa Berpisah Kerana Hidap Thalassaemia, Perkongsian Pasangan Ini Beri Kesedaran Buat Netizen