Pada jam 3.10 pagi tadi, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak. Mangsa, Koperal Baharuddin Ramli sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang mengalami kecederaan parah.

Kini, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Menurut laporan, Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji telah mengesahkan kejadian dan akan memberi maklumat lanjut selepas selepas siasatan.

Ketika ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Seludup PATI Di Pintu Masuk Negara, 27 Anggota Imigresen Kantoi ‘Dibeli’ Dengan Kereta Mewah

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Anda Mungkin Suka