Baru sahaja beberapa hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa berita yang mengejutkan ramai seperti menolak penerimaan gaji sebagai perdana menteri, tidak membeli serta menggunakan kereta rasmi baharu dan mengubahsuai pejabat.

Pada lewat malam semalam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memuat naik satu hantaran Facebook memaklumkan bahawa beliau menolak untuk menggunakan sebuah kereta mewah sebagai kenderaan rasmi.

Baca Juga:

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, langkah tersebut diambil kerana beliau tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya. Sebaliknya, beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.

Hantaran itu telah mendapat pujian dan sokongan daripada netizen kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim transparent serta menunjukkan integriti dan hemat dalam mengurus tadbir aset negara.

Orang ramai turut mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri baharu itu dapat menggalas tanggungjawab besar dalam memimpin dan membangunkan Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan  ini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.