Sebut sahaja TikTok, mesti anda sudah terbayang pelbagai konten menarik dan tipulah jika anda tidak menghabiskan masa ‘scroll’ konten di TikTok. Banyak trend yang dilakukan oleh pengguna TikTok untuk video mereka ‘fyp’.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @cikbettx telah menjadi bualan ramai. Video berdurasi 15 saat itu memaparkan dirinya yang ‘glowup’ selepas ditinggalkan kerana kulit gelap tular di media sosial.

https://twitter.com/oldkilljoy/status/1448620734788505602?s=21

Apa yang mencuri tumpuan, kulitnya kini cerah sehingga jelas kelihatan urat berwarna biru iaitu pembuluh darah di tangannya. Menerusi perkongsiannya itu, dia telah mengamalkan produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit cerah seperti itu.

Hal tersebut membuatkan ramai orang berasa terkejut dan risau akan kesihatan diri gadis tersebut. Mana tidaknya, makan vitamin C tambahan secara berlebihan tidak elok dan boleh memberikan penyakit.

Bukan itu sahaja, para netizen juga menasihati gadis tersebut agar tidak menyesal di kemudian hari. Video tersebut kini sudah meraih 300 ribu tanda suka dan gadis itu sudah ‘private’ videonya itu selepas menerima banyak ‘nasihat’ daripada netizen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Charlie Puth Berang Lagunya Digunakan Untuk Video TikTok Pesalah Kacak Ini

‘Berniaga Bukannya Mengemis’- Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Sebak Fikir Golongan Tidak Berkemampuan, ‘Instafamous’ Ini Sedia Taja Tiket Bas Untuk Balik Kampung