Kita sering mendengar atau melihat mesej- mesej yang berlegar di laman media sosial berkenaan beberapa individu yang berminat untuk membeli syiling lama.

Terbaharu, sindiket wang syiling lama ini telah berjaya menipu seorang pelajar di Damansara sehingga menyebabkan beliau rugi sebanyak RM 5,250, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pelajar terbabit telah terpedaya selepas mendapat tawaran dari seorang lelaki warga asing yang kononnya berminat untuk membeli wang syiling lama.

Dia yang menuntut di institusi swasta pada mulanya menerima pesanan Instagram daripada suspek yang menawarkan RM80,000 bagi membeli lapan keping wang syiling lama.

Pelajar berusia 18 tahun itu menunjukkan syiling lama dimiliki olehnya sebelum suspek bersetuju untuk membeli. Mereka kemudianya berhubung melalui WhatsApp dengan suspek menggunakan nombor antarabangsa.

Nik Ezanee berkata, sejak berurusan dengan suspek, mangsa telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama berjumlah RM5,250 dan mula menyedari dirinya ditipu selepas suspek masih sering meminta wang daripadanya.

Untuk rekod, ini bukanlah kejadian pertama melibatkan sindiket wang syiling lama. Tahun lalu seorang pelajar berusia 18 tahun rugi RM10,540 selepas terpedaya dengan cara yang sama.

Terlibat aktiviti Macau Scam, 31 polis bersubahat dengan Addy Kanna bakal diberhentikan kerja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Terlibat Aktiviti Macau Scam, 31 Polis Bersubahat Dengan Addy Kanna Bakal Diberhentikan Kerja

 

Sumber