Kisah warga emas menjual anak patung di sekitar Uptown Damansara ini kami rasa sudah cukup popular. Kisah ini sangat viral tahun lepas dan berjaya melahirkan rasa prihatin dikalangan masyarakat tempatan.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Buat anda yang masih belum tahu, insan yang kami maksudkan ini ialah Uncle David. Setiap hari Uncle David akan menjual patung mainan ‘Soft Toys’ di sekitar kawasan Uptown Damansara.

Hasil dari keuntungan dari jualan anak patung itulah yang digunakan oleh beliau untuk menyara kos harian, pembiayaan pembelajaran anaknya dan juga kos rawatan kimoterapi penyakit kanser yang dihadapinya.

uncledavid

Baru-baru ini Uncle David sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila gambar beliau dikelilingi timbunan patung-patung pokemon dikongsi di laman sosial.

Sesiapa yang pernah bertemu beliau pasti mengenalnya sebagai seorang lelaki yang bersifat peramah, rendah diri, dan budiman. Betullah hidup ini penuh dengan ujian, baru-baru ini Uncle David mendapat tempahan 250 patung pokemon.

Malangnya lelaki ‘tidak bertanggungjawab’ tersebut tidak pernah mengambil patung-patung ini sehingga sekarang. Kini Uncle David terpaksa menjual patung-patung ini sendiri untuk menghabiskan stok.

Berminat untuk mengurangkan beban Uncle David, anda boleh dapatkan patung-patung comel ini di HSBC Bank , Uptwon Damansara. Patung ini dijual pada harga sekitar RM10 – RM12 seunit. Sudahlah comel, murah pula tu.

Meskinpun begitu, dugaan ini sedikitpun tidak menghalang Uncle David untuk terus mengukir senyuman kepada anda. Kuat betul semangat Uncle David!, kalau tidak berkemampuan membantu orang lain, jangan pula kita menambahkan bebannya.

Apa pun jom sama-sama kita tolong Uncle David habiskan stok pokemon beliau!.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group