Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini kecoh apabila ada filem yang ditolak ditayangkan oleh stesen TV berbayar. Terbaharu, sebuah filem Frontliner turut tidak ditayangkan di stesen TV berbayar atas sebab yang tidak dinyatakan menjadi perhatian ramai.

Difahamkan, filem Frontliner akan ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 30 September 2021. Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik menular.

Filem ini sudah siap dihasilkan sejak tahun lalu tetapi disebabkan berdepan pelbagai kepayahan seperti stesen TV berbayar tidak jadi menayangkan filem tersebut menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya.

Bukan itu sahaja, pihak produksi turut ditipu oleh ejen yang dikatakan mahu membantu untuk pitch ke Netflix. Hasil usaha dan tidak berputus asa, kini filem Frontliner akan menemui anda tidak lama lagi di Netflix.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah tidak sabar mahu menonton filem ini dan juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan yang mereka lakukan.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Azhan Rani, Beto Kusyairy, Ashraff Muslim, Emma Maembong dan ramai lagi. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton filem ini apabila ditayangkan di Netflix.

Tahukah anda apa alasan filem Syahadan ditolak daripada ditayangkan di stesen TV berbayar? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen

7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka