Sejak beberapa minggu terakhir ini, tular di media sosial mengenai video melibatkan empat orang lelaki yang dipercayai pengamal perubatan tradisional sedang merawat seorang remaja perempuan yang dikatakan mengalami penyakit misteri.

Video tersebut secara tidak langsung turut mengundang kepada pelbagai buah mulut di kalangan netizen yang memberikan pelbagai tohmahan mengenai isu tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, difahamkan ibu remaja berkenaan yang dikenali sebagai Rozita Ramli bertindak untuk mengemukakan saman malu masing-masing sebanyak RM1 juta terhadap empat individu yang menuduh beliau mengamalkan sihir dan ilmu hitam.

Menerusi laporan Sinar Harian, wanita tersebut sedia mengemukakan saman terhadap empat individu yang dikenali sebagai Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis. Dimaklumkan tuduhan yang dibuat menerusi Facebook live dan YouTube.

Dimaklumkan tuduhan tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya dan keluarga menjadi tertekan berikutan dikecam oleh orang ramai. Bukan itu sahaja, terdapat pihak yang turut membuat laporan polis dan menuduh Rozita menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anak-anaknya.

Saman malu yang dibuat menerusi menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam itu dijalankan sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika perkara itu masih berterusan.

Ketahui punca sebenar Perlis mencatat angka kes tertinggi negeri beberapa hari yang lalu dengan 61 kes selepas mulai memasuki Fasa 3 PPN.

Bukan Kerana ‘Dine-In’, Ini Punca Perlis Catat Angka Kes Tertinggi Negeri Semalam

Tidak Sensitif Buat Konten, Tindakan YouTuber Mahu Kejar ‘Views’ Dikecam Netizen