Setiap pasangan pengantin baharu sentiasa mengimpikan pelamin yang terbaik buat hari bersejarah dalam hidup mereka. Selalunya mereka akan menghias pelamin mengikut warna tema kegemaran masing-masing, atau lebih menarik serta unik sekali seperti satu pasangan pengantin baharu ini yang menggunakan tema ‘racing motorsport‘.

Dalam satu hantaran Facebook TurboDottComm, pasang pengantin baharu itu telah menarik perhatian warganet apabila mereka berdua memilih untuk menghiasi pelamin dengan barangan bengkel kereta seperti tayar, spanar, racing bucket seat, enjin, minyak hitam, air bateri dan pelbagai lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian gambar-gambar itu telah mendapat perhatian netizen yang berasa kagum dengan keunikan serta kreativiti kedua-dua pasangan pengantin itu.

Tidak kurang juga ada juga memberikan komen sebaliknya yang kurang enak dibaca, namun Facebook TurboDottComm memberi kata-kata semangat kepada pengantin baharu itu dengan menyatakan ‘gurauan media sosial’ memang nakal dan tidak perlu diendahkan.

Orang ramai turut mengambil peluang mendoakan kebaikkan kepada pasangan pengantin baharu itu dan berharap perniagaan bengkel kereta mereka sentiasa terus berkembang dengan jayanya pada masa akan datang.

Sumber Gambar: Facebook TurboDottComm

Dalam pada itu, pengantin lelaki ada menjelaskan sebab beliau memilih pelamin bertemakan ‘racing motorsport‘ pada hari bersejarahnya.

Terang pengantin lelaki itu, beliau sangat meminati dunia automotif sehingga berjaya membangunkan sebuah bengkel sendiri. Kebetulan pula majlis persandingan beliau mempunyai dua tarikh —  jadi beliau mahu membuat majlis ditempatnya menjadi satu kenangan terbaik buat dirinya.

Tambah netizen lagi, selagi mana majlis persandingan tidak menyalahi hukum syarak agama dan tidak menyusahkan orang lain, tiada masalah untuk membuat majlis tersebut.