Sembilan wanita dan seorang lelaki telah bersiar-siar di sekitar kota Banda Aceh, Indonesia dengan menaiki basikal. Mereka melayan pemandangan sambil merakam beberapa keping gambar, namun apa yang mereka tidak tahu, bahawa nasib mereka bakal berubah selepas itu.

Aktiviti sukan bersama teman-teman akhirnya bertukar menjadi viral, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan telah mengakibatkan mereka diburu oleh pihak polis Syariah. Sekumpulan sembilan wanita dan seorang lelaki telah dipaksa membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahan memakai pakaian yang terlalu ‘terbuka’ dan seksi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CCQ9ZQTFlfN/

Walikota Banda Aceh, Aminullah Usman mengesahkan kepada CNN Indonesia bahwa dia telah memerintahkan polis setempat dan badan penguatkuasaan Syariah yang dikenal sebagai Wilayatul Hisbah (WH) untuk memburu para pelancong tersebut.

“Siapa pun yang datang ke kota ini, termasuk orang bukan Islam, mesti mematuhi dan menghormati undang-undang Syariah kita,” katanya. “Saya sudah menghantar polis tempatan dan agama untuk mencari penunggang basikal [tersebut].” Undang-undang Aceh, yang dikenal sebagai Qanun 11/2002, mengharuskan “Muslim berpakaian sederhana.”

Dalam kejadian tersebut, polis telah berjaya mengenal pasti sembilan orang penunggang wanita terbabit. Mereka dikatakan telah diberi nasihat agama oleh seorang ulama Islam dan berjanji untuk meminta maaf secara terbuka di media sosial sebelum dibebaskan.

“10 orang itu dibenarkan keluar dari balai polis setelah menerima sesi kaunseling. Kami menyuruh mereka menulis permintaan maaf, dan mereka berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama, ”kata Irwan, ketua hubungan masyarakat Pemerintah Kota Banda Aceh, kepada Kompas. “Mereka akan memuatnaik surat itu di akaun media sosial mereka. Kami juga ada merakam ketika mereka meminta maaf.”

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama polis Syariah Aceh melakukan serbuan terhadap ‘pakaian’. Pada tahun 2018, 26 wanita dan 14 lelaki ditahan kerana memakai pakaian ketat dan berseluar pendek. Pada tahun 2016, 100 orang ditahan dan diberi sesi kaunseling kerana berpakaian tidak sopan.

Banda Aceh pernah menjadi mimpi ngeri buat sesetengah manusia setelah kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Berikut adalah 6 lokasi Tsunami yang masih wujud di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

6 Lokasi Ikonik Di Banda Aceh Yang Wujud Selepas Tragedi Tsunami

Jana Elektrik Dari Pokok Kedondong, Anak Aceh Sekali Lagi Jadi Perhatian Media

Bagaimana Wajah Bandar Aceh Selepas 10 Tahun Dilanda Tsunami? Ini Gambar Sebelum Dan Selepas