Pelakon cantik, Tiz Zaqyah menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video di akaun TikToknya menunjukkan dirinya berada di sebuah bilik hotel.

Menerusi video TikTok yang tular, pelakon berusia 34 tahun itu dilihat membuat trend dalam aplikasi TikTok dengan menghempaskan badannya di atas katil secara perlahan atau slowmo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@tiz.zaqyah

#fyp #fypシ

♬ golden hour – JVKE

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik perhatian netizen iaitu kelibat seorang lelaki yang sedang menggosok baju bersamanya di dalam bilik itu.

Kemudian, timbul pula dakwaan daripada netizen bahawa Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, membawa lelaki masuk ke dalam bilik bersama dan berdua-duaan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan netizen mempertikaikan status Tiz Zaqyah sudah berkahwin atau tidak kerana satu bilik bersama lelaki yang bukan mahram.

Sementara itu, Tiz tampil menjawab dakwaan tersebut dengan mengatakan bilik itu adalah bilik solekan dan wardrobe untuk bersiap semasa dia di set pengambarannya.

Menerusi laman Twitter Tiz pula, dia turut terhibur apabila melihat netizen busuk hati sibuk komen sebegitu. Menurut Tiz Zaqyah, beliau memaklumkan bilik tersebut sememangnya dikhaskan untuk bersolek serta menukar pakaian.

Beliau juga turut meluahkan rasa berang terhadap mereka yang didakwa beliau sebagai ‘busuk hati’ kerana mereka bertanya.