Setiap minggu, pasti ada sahaja dakwaan yang dibuat golongan antivaksin terhadap Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin serta mereka yang memilih untuk menerima vaksin.

Terbaharu, sebuah lagi dakwaan tular di sebuah group di Telegram yang mengatakan YB Khairy Jamaluddin menggunakan empat tangkal pada tangan kiri yang mengandungi 4 jenis jin dan syaitan dalam usaha untuk melindungi diri beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, dakwaan tersebut berjaya mendapat perhatian YB Khairy Jamaluddin di mana beliau tampil menafikan perkara tersebut menerusi platform Instagram Stories.

Sumber: instagram Khairykj

Menurut YB KJ, beliau tidak menggunakan tangkal sebaliknya menggunakan 4 jenis ‘jin’ vaksin yang terdiri daripada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino bagi melindungi Malaysia.

Jawapan balas beliau terhadap dakwaan daripada golongan yang menolak vaksin ini turut mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gaya beliau yang menjawab dengan penuh sinis. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Untuk pengetahuan, kenyataan beliau yang mahu ‘susahkan’ mereka yang menolak vaksin semalam nyata membuatkan golongan ini berang serta melabelkan beliau dengan pelbagai tohmahan yang negatif.

Tular pada bulan lalu apabila Pendelela tampil menjelaskan sikap sebenar KJ selepas tular gambar beliau membuat lawatan mengejut di hospital.

Tular Gambar Buat Lawatan Mengejut Di Hospital, Pandelela Dedahkan Sikap Sebenar KJ

Khairy Jamaluddin Beri Amaran Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Anti Vaksin

Hampir 2 Tahun Tiada Kerja, Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial