Sushi Jiro merupakan salah satu restoran sushi yang terkenal di Malaysia dan juga digemari oleh ramai rakyat Malaysia, baik yang muda mahupun tua.

Terbaharu, muncul khabar angin di Facebook apabila seorang wanita mendakwa sebuah restoran sushi di Central i-City Shah Alam dikhabarkan menghidangkan daging babi. Menerusi perkongsian tersebut, kakitangan Sushi Jiro yang memaklumkan bahawa restoran tersebut menghidangkan babi dan tidak membenarkannya bersama keluarga masuk ke restoran itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian wanita tersebut yang dikenali sebagai Emma telah mendapat perhatian netizen dan kini perkongsian tersebut telah dipadamkan. Akan tetapi, perkongsiannya sudah tersebar luar di media sosial.

https://twitter.com/cyberpunxxxx/status/1374584840704589829?s=12

Lantaran itu, Sushi Jiro dalam satu kenyataan telah menafikan pertuduhan wanita tersebut dimana pihaknya tidak menjual daging babi pada sushi mereka. Malah, tuduhan yang dilemparkan akan disiasat oleh pihak Sushi Jiro dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Untuk pengetahuan anda, Sushi Jiro tidak disahkan halal di Malaysia tetapi menu utamanya adalah sushi dan ramen tidak termasuk daging babi. Bukan itu sahaja, restoran ini tidak menghidangkan alkohol tetapi ada hidangan yang menggunakan mirin atau cooking sake. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan restoran yang pernah dituduh menjual daging babi pada pautan di bawah ini.

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?

Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, OLDTOWN Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh

Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, KPDNHEP Sahkan Tiada DNA Babi Ditemui

Sumber