Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Filem BABI yang diarahkan oleh pengarah Malaysia, Namewee telah mendapat perhatian netizen terutama sekali rakyat Malaysia. Bukan pencapaian filem yang menjadi buah mulut tetapi ada segelintir pihak mendakwa poster filem tersebut menyentuh sensitiviti kaum melalui tulisan-tulisan yang terdapat dalam poster filem berkenaan.

Malah, terdapat laporan polis juga dibuat terhadap Namewee disebabkan poster tersebut. Lantaran itu, Namewee telah ‘buka mulut’ akan isu tersebut dalam satu video yang dikongsinya di Facebook miliknya semalam.

Bodoh ke? Poster filem [BABI] yang dituduh menghina Orang Melayu. Namewee membantah Mamat Pemuda PN!

Dua minggu yang lepas, ada beberapa orang-orang EXTREMISTS dari Pemuda Perikatan Nasional membuat laporan kepada polis, menuduh saya menghina orang Melayu kerana poster filem [BABI] saya, dan dia juga menjemput wartawan dan media ketika membuat laporan polis… Come on lah, kenapa pulak nak panggil wartawan bila report polis? Adakah siapa pernah panggil wartawan bila buat laporan polis? Adakah? Kamu semua ingat mamat ni betul-betul mahu tolong orang Melayu ke? Atau dia hanya ingin nak jadi famous je? Dalam video hari ini, saya ingin membantah PUKIMAK ini … 關於國盟青年團的極端分子到警局報警+抗議黃明志[你是豬]電影海報事件。警方目前已經展開調查,林北這一趟回去不知道會被關到什麼時候了… 今天,我就來回應一下這些王八蛋… 啤酒拿來先… I use to think that all I need to do is to work harder to create my artwork, make movies, make music, and be recognized on international stage, and then one day I can become an honor of my country. But in the end, I realized that they don’t even know how to appreciate me and my effort. The police would rather listen to the extremists’ opinions and arrest me without using their professional judgement and sense. All because of a poster. It makes me feel extremely disappointed and ashamed of them. I hope everyone will share this video to more people to let the world know the current situation in Malaysia. Please cherish democracy and treasure creative freedom. Please don’t be like Malaysia.Youtube 高清版:https://bit.ly/3mog7ps-Trailer【你是豬|BABI】預告 :https://youtu.be/_ZuZiHMSXtEBehind The Scene【你是豬|BABI】幕後花絮 : https://youtu.be/Leo6Z5aLXiEMovie Theme Song【你是豬|BABI】電影插曲 Movie Theme Song【Happy Family】:https://youtu.be/tdnfe3lALd8 -Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:https://www.facebook.com/namewee/Namewee YouTube Channel Link:http://www.youtube.com/user/namewee#Namewee #黃明志 #Babi #你是豬

Posted by Namewee 黃明志 on Wednesday, December 16, 2020

Beliau yang dituduh menghina orang Melayu dan bersikap perkauman menyangkal kenyataan tersebut. Menurutnya, jika beliau bersikap ‘racist’ pastinya beliau tidak akan mengambil pelakon berbangsa Melayu dan lain-lain kaum serta tidak akan meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filemnya.

Tambahnya, filem BABI itu tidak akan ditayangkan di Malaysia dan hanya ditayangkan di festival filem antarabangsa di 4 tempat berbeza. Malah, pihaknya tidak akan memohon kepada mana-mana pertubuhan bertanggungjawab di Malaysia untuk menayangkan filem berkenaan.

Ini kerana, ada segelintir ekstremis yang tidak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing. Difahamkan, pihaknya tidak menerima wang untuk menghasilkan karya ini dan juga tidak mendapat sebarang keuntungan dengan tayangkan filem tersebut di festival filem antarabangsa.

Untuk rekod, filem BABI ini telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Tahukah anda bahawa filem-filem Yasmin Ahmad akan ditayangkan di Netflix? Klik pada pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Koleksi Filem Yasmin Ahmad Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula Jumaat Ini

Park Eun Seok Curi Tumpuan Netizen Dengan Bawa Dua Watak Berbeza Dalam Drama The Penthouse

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix

Anda Mungkin Suka