Filem BABI yang diarahkan oleh pengarah Malaysia, Namewee telah mendapat perhatian netizen terutama sekali rakyat Malaysia. Bukan pencapaian filem yang menjadi buah mulut tetapi ada segelintir pihak mendakwa poster filem tersebut menyentuh sensitiviti kaum melalui tulisan-tulisan yang terdapat dalam poster filem berkenaan.

Malah, terdapat laporan polis juga dibuat terhadap Namewee disebabkan poster tersebut. Lantaran itu, Namewee telah ‘buka mulut’ akan isu tersebut dalam satu video yang dikongsinya di Facebook miliknya semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang dituduh menghina orang Melayu dan bersikap perkauman menyangkal kenyataan tersebut. Menurutnya, jika beliau bersikap ‘racist’ pastinya beliau tidak akan mengambil pelakon berbangsa Melayu dan lain-lain kaum serta tidak akan meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filemnya.

Tambahnya, filem BABI itu tidak akan ditayangkan di Malaysia dan hanya ditayangkan di festival filem antarabangsa di 4 tempat berbeza. Malah, pihaknya tidak akan memohon kepada mana-mana pertubuhan bertanggungjawab di Malaysia untuk menayangkan filem berkenaan.

Ini kerana, ada segelintir ekstremis yang tidak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing. Difahamkan, pihaknya tidak menerima wang untuk menghasilkan karya ini dan juga tidak mendapat sebarang keuntungan dengan tayangkan filem tersebut di festival filem antarabangsa.

Untuk rekod, filem BABI ini telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Tahukah anda bahawa filem-filem Yasmin Ahmad akan ditayangkan di Netflix? Klik pada pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Koleksi Filem Yasmin Ahmad Bakal Disiarkan Di Netflix Bermula Jumaat Ini

Park Eun Seok Curi Tumpuan Netizen Dengan Bawa Dua Watak Berbeza Dalam Drama The Penthouse

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix