Graduan Perubatan Jordan Bapa Ayam? Tidak lama sebelum ini, media sosial pernah bergegar dengan berita berkenaan graduan perubatan Jordan yang ditangkap melakukan perbuatan muncikari (Bapa Ayam).

Kes itu menjadi viral, sensasi dan menjadi sebutan ramai. Saya sendiri hairan, siapalah graduan tersebut, kerana tempat saya belajar ialah di Jordan, dan hanya ada satu universiti perubatan yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia belajar di sana, iaitu Jordan University of Science & Technology (JUST).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil perubatan dan pergigian di sana, biasanya akan menetap di Irbid, tempat pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Yarmouk University, menetap.

Alangkah terkejutnya, tak lama lepas saya menyiasat sedikit, gambar yang saya lihat ialah gambar sahabat saya, Luqman Zulkepli, terpapar.

muncikari 2
Petikan akhbar mengapa Luqman Zulkepli ditangkap

Walaupun belum lagi disabitkan bersalah, tambah lagi Luqman telah membuat pengakuan tidak bersalah, wajah Luqman telah disebarkan akhbar-akhbar dan laman media sosial. Akibatnya, Luqman menjadi bahan keji dan maki terlalu ramai orang. Wajahnya yang viral atas sebab yang busuk sebegitu, membuatkan hidupnya sedikit sebanyak terkesan.

Luqman sebenarnya kenalan saya selama empat tahun di Irbid. Saya pernah serumah dengannya semasa saya tahun satu di sana dahulu, dan kami sebenarnya pernah berusrah bersama-sama, berprogram bersama-sama. Jadi saya memang ada kepercayaan bahawa Luqman tidak sesekali bersalah.

Saya sangat kenal karakter Luqman. Pastinya dia diperangkap atau ada berlaku salah faham. Itu kata hati saya. Namun atas hormat kepada sistem perundangan kita, saya dan ramai rakan kami yang lain, menahan diri untuk bersuara dan menanti keputusan undang-undang.

Muncikari

Alhamdulillah, kami mendapat khabar bahawa kini, kes terhadap Luqman telah pun digugurkan. Digugurkan bukan kerana kekurangan bukti. Tetapi digugurkan kerana TIDAK ADA BUKTI untuk mensabitkan beliau dengan aktiviti muncikari – Bapa Ayam – yang terkutuk itu. Ini bermakna, sebagaimana jangkaan kami, Luqman memang tidak terlibat.

Pun begitu, berita pengguguran kes ini tidak kita lihat mendapat liputan akhbar-akhbar, laman viral, terutamanya pihak-pihak yang telah mendedahkan wajah Luqman dengan headline mengaitkannya beliau sebagai Bapa Ayam yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Di sini, saya sekadar laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang kenalan, sebagai seorang sahabat, untuk membersihkan nama Luqman Zulkepli di media sosial ini.

Besar harapan saya, media-media yang terlibat membuat liputan kes Luqman awal-awal dahulu, terutama yang sebarkan wajahnya, kini buatlah liputan juga berkenaan pengguguran kesnya. Bersihkan semula namanya.

Saya berharap juga bantuan rakan-rakan yang ikuti saya, untuk bantu saya sebar luas tulisan ini. Bantu saya bersihkan nama sahabat saya ini. Terima kasih!

Jordan sebenarnya sebuah negara yang menarik untuk dilawati. Anda boleh baca tentang keindahan negara Jordan di sini.

19 Sebab Kenapa Saya Suka Travel Ke Jordan

Pelajar Malaysia Juara Debat Bahasa Arab Antara Universiti Di Jordan