Sebagai seorang wakil rakyat, menunjukkan contoh baik merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan olehnya. Bagaimanapun ada yang segelintir pihak tetap ‘cari point‘ untuk menyalahkan seseorang wakil rakyat itu.

Perkara tersebut terjadi kepada YB Zahir Hassan apabila ada seorang individu mengaitkan wakil rakyat bagi kawasan Wangsa Maju itu dengan isu parkir kereta Mercedes-Benz ditepi jalan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Baca Juga:

Dalam hantaran ciapan itu, individu tersebut meminta YB Zahir memberitahu pemandunya untuk meletakkan kereta di tempat parkir yang sepatutnya dan memintanya jangan membuat ‘perangai’ seperti parti pembangkang.

Bagaimanapun, ciapan tersebut sekadar menjadi ‘hiburan’ buat wakil rakyat P116 (Wangsa Maju) itu. YB Zahir membalas ciapan itu secara ‘sarkastik’ kepada individu tersebut.

Sorry-sorry saya call driver saya sekarang! Confirm salah kereta itu! Saya tak pernah pakai kereta Mercedes lagi sepanjang saya hidup. Wangsa Maju P.116 untuk makluman tuan,” petik ciapan YB Zahir.

Ciapan balas wakil rakyat itu membuat netizen geli hati kerana terang-terang pada lambang ‘Ahli Parlimen Malaysia’ itu tertulis P166, bukan P116. Namun individu itu tetap mengaitkan isu berkenaan dengan wakil rakyat Wangsa Maju  tersebut.

Pada masa sama netizen turut memberitahu individu yang membuatkan ciapan itu untuk padamkan sahaja ciapan tersebut untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, kereta Mercedes tersebut merupakan kenderaan rasmi bagi wakil rakyat P166 (Labuan), YB Dato’ Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman.

Setakat artikel ini ditulis, tidak ditemui sebarang kenyataan daripada wakil rakyat Labuan mengenai isu parkir kereta Mercedes itu.