Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang, kami yakin anda pasti cukup kenal dengan nama individu dari Korea Selatan bernama Do Kwon. Berjaya menjadi pengasas kepada kriptowang Terra Luna sebelum kriptowang tersebut kehilangan harga membuatkan nama beliau menjadi sebutan dunia.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, pihak Interpol telah mengeluarkan notis merah ke atas pengasas kriptowang ini selepas dituduh melakukan penipuan sekitar $60 bilion (RM279 bilion) menurut CNBC yang menyebabkan kejatuhan syarikat serta membuatkan ramai individu muflis.

Sumber: coingape

Untuk pengetahuan, sekitar awal bulan lalu Mahkamah Korea Selatan telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Do Kwonyang berlepas dari Korea Selatan ke Singapura.

Dalam pada itu, di sebalik misi pencarian besar-besaran yang dilakukan Pasukan Polis Singapura mengesahkan Do Kwon dikatakan tidak berada di negara tersebut.

Hal ini sekaligus meletakkan Do Kwon sebagai senarai notis marah oleh Interpol manakala Kementerian Luar di Seoul telah diarahkan untuk membatalkan pasport beliau sekaligus membuatkan Do Kwon berstatus pelarian.

Sementara itu, Do Kwon menerusi laman Twitter pada 18 September lalu menafikan beliau melarikan diri sebaliknya beliau bersedia untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menyatakan beliau tidak mempunyai perkara untuk disembunyikan.

Selain itu, beliau baru-baru ini turut didakwa mengeluarkan wang bernilai $67 juta (~RM311.38 juta) selepas menerima waran tangkap pada 14 September lalu. Walau bagaimanapun, beliau menerusi laman Twitter sekali lagi menafikannya serta memaklumkan beliau hampir setahun tidak menggunakan platform KuCoin dan OKEx.

Untuk pengetahuan, insiden kejatuhan harga kriptowang Luna yang mendadak daripada $154 (~RM715.72) kepada $0.002 (~RM0.01) sekaligus telah membuatkan lebih 22 pelabur LUNA bunuh diri berikutan tekanan yang dialami.