Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, ramai orang terjejas dan kehilangan punca pendapatan. Jika dilihat situasi di Malaysia, orang ramai mula menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk wang dan juga barangan keperluan.

Semalam, pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa di Instagram miliknya apabila ada yang menuduh dirinya menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkankannya. Malah, ada juga pihak yang memandang serong dan mendakwa dirinya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

https://www.instagram.com/p/CQ8wgPmpE5I/

Bukan itu sahaja, setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kecaman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen. Perkongsian di media sosial berkaitan pengagihan bantuan tersebut bukanlah untuk menunjuk tetapi sekadar mahu memberitahu bahawa bantuan tersebut sudah diagihkan kepada mereka yang layak.

Justeru itu, beliau tidak faham dengan segelintir penyumbang dalam web berkenaan berhubung ketelusan pengagihan wang bantuan telah dihulurkan. Tambahnya, NGO Malaysia Prihatin yang ditubuhkannya ini tidak perlu diragui kerana ia sah dan segala resit sumbangan juga ada.

Terdahulu, Zara berbekalkan modal simpanannya sendiri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun lalu bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas, Datuk Seri Vida Undang Kecaman Netizen

Masih Jalani Kuarantin, Ebit Lew Pakai PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir

Pentingkan Diri, Warganet Kecam Sikap Tamak Keluarga Ini Ambil Semua Barang Di Food Bank