Masalah haiwan terbiar seperti anjing dan kucing yang berkeliaran  memang tidak dapat dinafikan boleh menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan perumahan di negara kita.

Namun itu bukanlah alasan untuk membunuh mereka dengan kejam. Sebaliknya, jika perkara tersebut berlarutan dan mengganggu keselesaan, kita sepatutnya mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Miri Sarawak dikatakan bertindak di luar kawalan apabila dia didakwa meracun haiwan-haiwan terbiar ini dengan menggunakan racun tikus.

Dalam satu kiriman di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia pada semalam, lelaki tersebut didakwa mencampurkan racun tikus dalam bekas makanan yang diletakkan sebagai umpan untuk meracun haiwan-haiwan terbiar ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan perumahan Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya, di Miri, Sarawak.

Persatuan itu juga berkata kejadian tersebut bukanlah perkara baru dan telah berlarutan sejak sebulan yang lalu dan telah pun membunuh lapan ekor kucing dan dua ekor anjing terbiar di kawasan itu.

Berikut adalah gambar-gambar haiwan tersebut yang mati selepas diracun lelaki tersebut seperti dikongsikan di laman Facebook Persatuan Haiwan Animal Malaysia.

Tindakan lelaki itu yang meletakkan nasi beracun itu di kawasan terbuka juga dikhuatiri penduduk akan membahayakan kanak-kanak yang lalu di di situ.

“Penggunaan racun tikus secara terbuka diletakkan di tempat awam apatah lagi di kawasan kanak-kanak bermain dikhuatiri mengundang bahaya lain.

“Dan boleh mengakibatkan kematian kepada kanak-kanak juga jika menyentuh racun yang dicampur nasi dan selepas itu menghisap jari atau menjilat tangannya,” jelas persatuan tersebut. 

Tidak mahu perkara itu menjadi lebih teruk, persatuan itu meminta agar lelaki tersebut menghentikan tindakan kejamnya dan tidak teragak-agak untuk membawa tindakan undang-undang sekiranya bukti mencukupi.

Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata kecewa dan sedih perlakuan tersebut.

Capture Capture1

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia itu sudah mendapat 1000 lebih shares dan 800 comments.

Tindakan meracun haiwan terbiar ini bukanlah satu perkara yang baru di negara kita. Sebelum ini kami juga ada berkongsi mengenai tindakan individu yang mencampurkan makanan kucing dengan ubat. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Netizen Berang Makanan Kucing Terbiar Ini Dicampur Ubat

Tular Gambar Anjing Dan Kucing Dipercayai Disembur Pewarna Undang Kemarahan Netizen

Dua Insiden Murid Parah Diserang Anjing Liar, Netizen Persoal Golongan Pencinta Haiwan