Pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak berharap orang ramai memahami perasaannya ketika ini dan tidak mengusik beliau dengan jenaka perkahwinan di media sosial.

Ia susulan tindakan netizen baru-baru ini yang memuat naik kembali gambar lamanya dan seakan mengusik beliau apabila ketiga-tiga seleberti yang pernah dikaitkan dengannya itu kini sudah pun mendirikan rumah tangga.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Zizan menjelaskan dia berharap agar orang ramai memahami emosinya ketika ini yang sedikit terganggu.

“Buat masa ini, saya tak fikir mengenai kahwin atau apa sahaja ke arah jodoh. Saya tiada masalah mengenainya kerana banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Saya menjaga ibu dan keluarga saya.

WhatsApp_Image_2020-09-09_at_4.53.33_PM_1599645613

Zizan bersama neneknya. Foto : Instagram Zizan Razak.

“Ditambah pula keadaan nenek sedang sakit, jadi ia agak merisaukan. Saya sudah kembali sibuk dengan kerja, nenek pula dalam keadaan uzur. Saya bimbang tidak dapat pulang ke kampung jika berlaku apa-apa kerana tidak mahu menyusahkan produksi,” kata Zizan seperti dipetik Berita Harian.

Kerisauan mengenai kesihatan neneknya itu juga menurut Zizan bertambah kuat memandangkan neneknya ketika ini sudah berusia 80 tahun dan bukannya menghidap sakit biasa.

Menurut temu bual tersebut, Zizan menjelaskan neneknya disyaki menghidap kanser dan masih belum dapat dipastikan kerana masih melakukan ujian.

Mengakui ramai yang suka berjenaka dengannya tanpa mengambil kira perasaannya sebagai seorang pelawak, Zizan juga menjelaskan tidak ramai yang memahami perasannya ketika ini.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai gambar jubli perak perkahwinan Sofia Jane yang tidak kelihatan dimamah usia walaupun sudah 25 tahun berlalu di pautan di bawah.

Kekal Anggun Selepas 25 Tahun, Sofia Jane Kongsi Gambar Jubli Perak Perkahwinan

Bermula Dengan ‘PM Tepi’ Kepada Ibu, Mira Filzah Kongsi Kisah Pertemuan Dengan Bakal Suami

 

 

Anda Mungkin Suka