Azwan Ali atau Diva AA yang tewas dalam pertandingan 4 penjuru sebagai calon bebas di Bukit Antarabangsa semalam tetap akan menunaikan janjinya untuk mengagihkan rendang percuma kepada penduduk di situ. Menurut kenyataannya, beliau akur dengan keputusan pertandingan semalam dan berjanji untuk mengotakan kata-katanya.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Beliau semalam menerima sebanyak 90 undi manakala abangnya, Datuk Azmin Ali yang masih mengekalkan kerusi tersebut dengan 30,892 undi dengan majoriti sebanyak 25,512. Calon dari Barisan Nasional, Salwa Yunos pula menerima sebanyak 5,380 undi manakala Sharifah Haslizah Syed Arifin dari parti PAS pula mendapat 2,311 undi.

Apa-apa pun tahniah buat Datuk Azmin Ali dan kesemua calon yang telah bertanding semalam.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group