Kuala Lumpur merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Bukan sahaja terdapat pelbagai tempat bersejarah tetapi juga ada bangunan ikonik seperti KLCC dan sebagainya.

Pasti anda tahu kewujudan Aquaria KLCC, bukan? Anda dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Ini pastinya akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.

Inginkan kelainan? Anda mungkin boleh mencuba 4 aktiviti yang ada di Aquaria KLCC ini. Kami senaraikan 4 aktiviti unik yang anda mungkin berminat untuk cuba ketika berkunjung di sini.

1. Dive with shark

maxresdefault-2
Sumber: Goticket

Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 jenis ikan jerung di Aquaria KLCC. Jika anda cukup berani, apa kata anda menyelam bersama ikan jerung. Adalah diingatkan, anda harus memiliki lesen diving.

2. Feeding session

aquaria-53
Sumber: goticket

Ini adalah satu aktiviti yang pastinya akan mengujakan buat kanak-kanak. Anda akan dapat melihat penjaga akuarium memberi makanan kepada ikan jerung dan juga hidupan laut yang lain.

3. Cage rage

aquaria-klcc-04-1214×571@2x
Sumber: Aquaria KLCC

Cage rage ini sesuai untuk mereka yang ingin lihat secara dekat tetapi tiada lesen diving. Kiranya anda dapat lihat ikan jerung dengan lebih dekat.

4. Sleep with shark

aquaria-klcc-ticket_e5943a31c32de691ca66261450efca04a1d5075f
Sumber: Aquaria KLCC

Ini merupakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Aktiviti ini akan membolehkan anda tidur di akuarium dan mendapatkan sijil ‘sleep with shark’. Kiranya seperti perkhemahan tetapi di akuarium.

Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut? Lebih menarik,  jika anda membeli tiket masuk ke Aquaria KLCC pada 30 November 2019 ini, anda akan dapat tawaran istimewa daripada Wonderfly.

Sand-Tiger-Shark_02-1
Sumber: Aquaria KLCC

Jika anda membeli tiket istimewa melalui Wonderfly dan Boost pada hari tersebut, anda akan dapat sertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti berhibur bersama maskot Didi & Friends dan juga dapat mendengar perkongsian bersama Reef Check Malaysia (RCM) serta Yasmin Hani.

Untuk pengetahuan anda, Wonderfly akan memberikan sebahagian keuntungan jualan tiket Aquaria KLCC pada hari tersebut untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan kehidupan laut. Malah, inisiatif ini juga bertujuan untuk membiayai usaha pemuliharaan yang berterusan oleh RCM.

Apa tunggu lagi? Jangan lupa dapatkan tiket di Wonderfly dan di Boost. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Tahukah anda bahawa taman tema air Angry Bird baru sahaja dibuka di Semenyih? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pertama Di Dunia, Taman Tema Air ‘Mudah Alih’ Angry Birds Dibuka Di Semenyih

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Taman Tema Air Tropika Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Dengkil