Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.

Baru sahaja diumumkan sebentar tadi secara rasmi menerusi Twitter @ASNBmy_official, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 5.1 sen seunit terdiri daripada pendapatan 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berikut dikongsikan rekod dividen ASB sepanjang tahun 2011 sehingga 2021. Dapat dilihat dividen yang diterima pada tahun ini adalah sedikit tinggi berbanding pada tahun lalu.

Sumber: Astro Awani

Pengumuman dividen yang diumumkan pihak ASNB telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang berpuas hati dengan dividen yang diumumkan. Tidak kurang juga yang sedikit kecewa khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB.

Buat para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima? Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan ini.