Sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia, dapat dilihat syarikat melibatkan penghasilan sarung tangan dan sektor kesihatan mencatat jumlah keuntungan berganda.

Semuanya disebabkan permintaan yang tinggi daripada konsumer bukan sahaja dari Malaysia malah seluruh dunia yang memerlukan barangan keluaran sektor ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
dividen top glove
Sumber: financial times

Menerusi laporan daripada Straits Times, syarikat Top Glove sekali lagi mencatat keuntungan yang memberangsangkan pada suku tahunan yang berakhir 31 Mei dengan jumlah keuntungan bersih RM2.04 bilion.

Jumlah keuntungan bersih yang direkodkan menunjukkan Top Glove berjaya meraih keuntungan bersih hampir enam kali ganda berbanding tahun lalu dengan jumlah RM347.9 juta.

Pengasas Top Glove raih dividen sebanyak RM509 juta

Keuntungan yang tinggi syarikat ini turut mendorong Top Glove menawarkan dividen sebanyak 18 sen bagi satu unit saham buat para pemegang saham membuatkan Tan Sri Lim Wee Chai selaku pengasas Top Glove berjaya meraih dividen sebanyak RM509 juta.

Sebagai rekod, beliau dilaporkan berjaya menerima jumlah dividen daripada keuntungan Top Glove sebanyak RM1.676 bilion sejak 24 Disember 2020. Keuntungan syarikat ini yang melonjak tinggi turut meletak beliau sebanyak antara individu terkaya Malaysia.

Untuk rekod, Top Glove sebelum ini terpalit dengan beberapa isu kontroversi yang melibatkan hak asasi para pekerja. Syarikat ini turut mendapat perhatian di Amerika Syarikat selepas beberapa media antarabangsa melaporkan kes salah laku terhadap pekerja warga asing di Top Glove.

Isu yang berlaku membuatkan Top Glove baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk tidak lagi menyertai initial public offering (IPO) Hong KongĀ  dalam masa terdekat.

Terdahulu, dokumentari dari media antarabangsa memaparkan realitu sebenar pekerja warga asing di Top Glove. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amerika Syarikat Rampas Semua Produk Top Glove, Jumpa ‘Bukti’ Wujud Amalan Buruh Paksa

Tak Jaga Kebajikan Pekerja, Kerajaan Buka 19 Kertas Siasatan Terhadap Top Glove

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia