Tidak perlu berbelanja lebih jika dapat berjimat untuk menghias rumah anda. Anda cuma perlu lakukan ia sendiri dan anda akan dapat hasil yang anda inginkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Farah Ariff telah berkongsi projek menghias dinding dengan membuat brick painting. Kos keseluruhan membuat brick painting ini tidak lebih RM150 sahaja. Baca perkongsian Farah di bawah:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara-cara DIY brick painting pada dinding:
67394245_10206621349648359_5630383026165776384_n

1. Lukiskan garisan untuk melekatkan solatape
2. Lekatkan solatape mengikut garisan yang dilukis
3. Bancuh serbuk plaster ceiling dan lekatkan pada dinding
4. Selepas meletakkan plaster ceiling, tanggalkan solatape ketika plaster ceiling masih basah, maka akan nampak rupa brick
5. Tunggu kering seketika, kemudian cat dengan warna pilihan

Warna yang digunakan adalah campuran dua warna:
BeFunky-collage

1. Nippon paint 2058a firelight cc super matex
2. Jotun essence easy clean code 2059 brick red

67281001_10206621348768337_7059280849832771584_n

67608796_10206621348488330_1535268465483448320_n

Pastinya hasil dekorasi ini dapat memberikan inspirasi kepada anda di luar sana untuk mencantikkan lagi dinding di rumah anda.

Sumber