Sebelum ini kami telah mengetengahkan perihal kayu pallet yang biasanya dibuang itu diubahsuai menjadi perabot dan turut membuka peluang menjana kewangan darinya. Kali ini, kami tampilkan 22 idea perabot berasaskan kayu pallet. Ia mudah dilakukan sendiri. Apa yang penting adalah imaginasi dan kekreatifan anda dalam merealisasikan perabot kayu pallet ini.

Baca: Inovasi Kayu Pallet Yang Bakal Melonjakkan Kreativiti Dan Poket Anda Juga

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Perabot untuk kegunaan di dalam rumah:

1. Meja kopi pelbagai guna yang memiliki ruangan simpanan di bahagian tengah dan boleh diangkat permukaan meja.

01

2. Meja berpermukaan kaca dan beroda ini sesuai digunakan di ruang tamu.

02

3. Beberapa kayu pallet disusun bertingkat dan dipasangkan kaki meja. Ia digunakan sebagai rak kasut.

15

4. Kayu-kayu pallet ditanggalkan daripada set pallet dan dibentukkan menjadi rak yang sesuai digunakan di dapur atau dobi rumah.

16

5. Kayu pallet digantung di dinding dan dipasangkan dengan pencangkuk besi yang sesuai digunakan untuk menggantungkan cawan dan mug.

17

6. Kayu-kayu pallet ditanggalkan daripada set pallet dan dibentuk menjadi rak botol dan dibawah boleh digunakan menyangkut gelas berkaki.

18

7. Kayu pallet digantungkan di dinding ini dipasangkan pencangkuk besi bagi menyangkut periuk dan kuali.

19

8. Susun atur set kayu pallet dan digabungkan hingga menjadi platform bagi tilam besar bersaiz queen.

12

9. Kayu pallet digunakan sebagai bahan asas untuk ruang bacaan kanak-kanak yang menarik.

13

10. Katil tidur buat anak-anak. Ia beroda dan boleh juga dibuatkan penghadang bagi anak-anak yang masih kecil. Semuanya daripada kayu pallet.

14

Perabot untuk kegunaan di luar rumah:

11. Meja kopi di luar dengan permukaan yang tidak akan menakung air hujan.

03

12. Kayu pallet dijadikan set kerusi rehat di taman

04

13. Jika tadi kayu pallet digunakan untuk menggantungkan cawan dan mug, kali ini kayu pallet boleh dibuat untuk menggantungkan peralatan kebun atau pasu bunga kecil.

05

14. Bar kaunter outdoor

06

15. Buaian outdoor bersaiz katil. Sedap boleh berayun sambil diulik angin lembut.

07

16. Kerusi duduk dilapik kusyen.

08

17. Kerusi yang boleh dijadikan katil kerana lebar dan panjang seperti katil. Di hujung terdapat ruangan untuk letak majalah dan buku.

10

18. Sesuai diletakkan di kawasan pavilion atau beranda bersaiz besar. Nampak kemas dan selesa apabila ia dicat warna hitam dan berkusyen.

11

19. Kayu pallet juga boleh dijadikan pagar dan pintu. Satu inovasi yang baik dan menjimatkan!

20

20. Kerusi santai berlapik kusyen. Sesuai di ruangan beratap. Disertakan sekali meja kopi beroda saiz mini.

21

21. Meja dan bangku.

22

Sumber: World Inside Pictures

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka