Satu perkara yang sering dihadapi oleh pengguna dron adalah masalah saiz dron yang besar. Sememangnya gadget ini sangat cool namun saiznya yang berat mungkin bakal memberi masalah buat pengguna. Pengguna seolah-olah terpaksa berkorban fungsi-fungsi canggih demi mendapatkan dron yang bersaiz kecil.

DJI selaku syarikat pioneer dron pada hari ini telah melancarkan sebuah dron dengan fungsi-fungsi canggih dan diumumkan dengan saiz yang kecil. Sama seperti DJI Phanton sebelum ini, cumanya direka dengan bentuk yang lebih garang, mudah dilipat dan portable.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

dji-mavic-pro-drone-2599-0

517412-dji-mavic-pro
Fast, sexy and portable

Hadir dengan berat 743gram, DJI Mavic Pro sememangnya dron terhebat anda boleh miliki ketika ini. Apa yang kami maksudkan dengan terhebat adalah kebolehannya untuk membuat mengelak halangan, landing yang lancar serta GPS tracking yang mantap.

DJI Mavic Pro dikuasakan oleh bateri 3,830 mAH serta mampu berada di udara sekitar 27 minit. Buat anda yang impikan kelajuan pada dron, ‘this is the best dron for you’ dengan kelajuan mencecah 65km/h menggunakan speed mode.

dji-mavic-pro-drone-2617-0

Bersoal mengenai kualiti kamera, Mavic Pro hadir dengan kamera yang sama digunakan pada DJI Phantom 4 iaitu kamera 12-megapixel dengan sokongan video 4K pada 30 fps dan 1080p pada kadar 96 fps. Camera diletakkan bersama three-axis gimble bakal memberikan gambar yang sangat stabil seperti yang diidamkan buat para pengguna dron.

Sudahkah anda merasakan dron ini cukup cool? Kami agak teruja apabila DJI mengatakan segala fungsi yang kami sebutkan  diatas bukanlah fungsi yang sudah cukup cool buat DJI Mavic Pro.

Apa yang sebenarnya cool mengenai DJI Mavic Pro adalah fungsi aksesori DJI Goggles yang membolehkan anda menjadi seorang pilot pada sebuah dron dalam keadaan first-person view. Feel yang sama seperti berada di dalam sebuah game menggunakan VR headset.

17115-6a47de94277f11b86cf55b277e8cda61

DJI Mavic Pro turut diperkenalkan dengan fungsi gesture dimana membolehkan pengguna memberi arahan kepada dron. Berikan saja arahan kepada DJI Mavic untuk merakam atau mengambil gambar anda di udara menggunakan gesture. Function tracking pada DJI Mavic Pro membolehkan dron ini mengikut dan merakam kepada anda bergerak secara serentak. Awesome bukan?

Sangkaan kami DJI Mavic Pro bakal dijual lebih mahal berbanding GoPro Karma berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan. Ternyata sangkaan kami silap.Satu set DJI Mavic termasuk controller bakal mula dijual pada harga USD999 (~RM4,130) manakala harga bagi sebuah dron sahaja adalah USD749 (~RM3,100).

dji-mavic-pro-drone-2445-0

dji-mavic-pro-drone-2448-0

dji-mavic-pro-drone-2549-0

dji-mavic-pro-drone-2456-0

Sumber