Sebut mengenai action camera atau kamera aksi, pasti jenama GoPro yang terlintas difikiran orang ramai. Kini, jenama yang popular dengan penawaran dron yang pelbagai iaitu DJI nampaknya bersedia untuk bersaing dengan GoPro Hero 7.

Perkara pertama yang membuatkan orang ramai teruja mengenai model ini sudah pastinya penyertaan skrin pada bahagian hadapan bagi memudahkan orang ramai berswafoto. Dari segi rekaan, dilihat DJI Osmo Action mempunyai rekaan dan saiz yang seakan sama dengan GoPro Hero 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan model ini merupakan sebuah kamera aksi, DJI telah menyertakan teknologi RockSteady bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambar dan video yang stabil dan lebih smooth.

DJIOsmoAction-2
Sumber: timeincuk
DJIOsmoAction-4
Sumber: timeincuk

Dari segi kualiti gambar dan video, model ini mampu merakam dengan resolusi 4K dengan 60fps. DJI turut menyertakan teknologi HDR dalam memberikan efek warna yang lebih menarik disetiap gambar dan video yang diambil. Seperti juga model keluaran GoPro, DJI Osmo Action turut hadir dengan penawaran kalis air dengan ketahanan tekanan air sehingga 11 meter.

Lebih menarik, aksesori GoPro seperti mount disahkan mampu digunakan dan dipadankan pada DJI Osmo Action. Dalam erti kata lain, tidak ada masalah sekiranya terdapat pengguna GoPro yang mahu beralih ke DJI.

lifestyle7
Sumber: zdnet3

DJI Osmo Action bakal mula berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga sekitar $350 (RM1460.72). Dengan harga penawaran yang sedikit rendah berbanding GoPro Hero 7 pastinya dua model ini seringkali bakal menjadi perbandingan buat anda yang berminat untuk mendapatkan kamera aksi.

Sumber