DJI Malaysia pada minggu ini mengumumkan bahawa dua model terbaru iaitu Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom mereka secara rasminya masuki pasaran Malaysia menerusi pengedar ECS STAR semalam.

Kedua-dua model terbaru masih mengekal ciri-ciri rekaan lama dengan penambahan baru pada dalaman iaitu kamera, bateri dan keselamatan. Kedua-dua model ini mampu merakam video berdurasi 4K dan menyokong rakaman video timelapse dan mempunyai 10 sensor. Dron ini mampu terbang di udara selama 31 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DSC01175

Perbezaan antara Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom ialah spefikasi kamera. Mavic 2 Pro merupakan model yang ditawarkan spekfikasi tinggi siri Mavic. Ia menggunakan kamera jenama Hasselblad antara jenama terkenal penghasilan kamera. Manakala Mavic 2 Zoom pula menawarkan penggunaan asas. Model ini dilengkapi dengan fungsi zoom optikal 28-48mm yang membolehkan rakam video lebih dekat walaupun ketika lebih terbang.

DJI juga telah umum harga rasmi untuk Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom. Mavic 2 Pro dijual dengan harga RM 6,599 manakala Mavic 2 Zoom pula dijual pada harga RM 5,699. Pembelian ini didatangkan bersama bateri, pengecas bateri, alat kawalan jauh dan juga empat pasang kipas.

DSC01167

Jika pengguna ingin penambahan, DJI juga turut sertakan Fly More disertakan dua bateri tambahan, pengecas bateri berangkai, pengecas bateri dron diguna dalam kereta dua pasang kipas dan juga beg khusus untuk kesemua ini pada harga RM 1,399. Buat anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada hujung bulan ini pada pengedar sah mereka dan laman rasmi jualan di Lazada.

DSC01180

DSC01182

DSC01191