Selepas beberapa tahun melancarkan DJI Osmo Mobile yang digunakan sebagai monopod dan stabilizer khusus buat smartphone, DJI pada hari ini telah melancarkan model terbaru mereka Osmo Mobile 2 yang hadir dengan beberapa ciri terkini.

Melalui model terbaru ini, DJI menjanjikan ketahanan bateri yang lebih lama serta penawaran rakaman dalam mod potret untuk kegunaan IG Live atau Facebook Live. Terbaru, DJI telah mengumumkan harga bagi DJI Osmo Mobile 2 dan tanda harga yang diumumkan sangat mengejutkan kami.

DJI-Osmo-Mobile-2-Smartphone-Gimble-3

Jika DJI Osmo Mobile sebelum ini ditawarkan pada harga RM1,376, model terbaru ini bakal ditawarkan dengan harga RM595 sahaja. Harga yang sangat rendah dan berbaloi untuk didapatkan sekiranya anda berminat untuk merakam video menggunakan smartphone anda.

Perbezaan harga yang sangat ketara bagi kedua-dua model ini. Berdasarkan tinjauan kami, DJI Osmo Mobile versi pertama masih lagi dijual dengan harga yang tinggi manakala model terpakai dijual pada harga RM800.

DJI-Osmo-Mobile-2-Smartphone-Gimble-2

Buat anda yang berhajat untuk mendapatkan DJI Osmo Mobile 2, kami sarankan untuk tunggu seketika kerana model ini bakal ditawarkan secara rasmi pada bulan Mac ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group