Selepas beberapa tahun melancarkan DJI Osmo Mobile yang digunakan sebagai monopod dan stabilizer khusus buat smartphone, DJI pada hari ini telah melancarkan model terbaru mereka Osmo Mobile 2 yang hadir dengan beberapa ciri terkini.

Melalui model terbaru Osmo Mobile 2, DJI telah memperkenalkan sebuah ciri terbaru dimana pengguna berpeluang merakam video dalam mode potret. Untuk pengetahuan anda rakaman dalam potret ini diperkenalkan selepas orang ramai lebih cenderung untuk menjalankan sesi live di Instagram dan Facebook dalam mode potret.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

9aa75e68e087b93fd5ccb0b5ab7be9a6

Antara perubahan lain yang diperkenalkan adalah penggunaan material berkualiti tinggi pada Osmo Mobile disamping penawaran bateri yang lebih lama berbanding model sebelumnya.

Menariknya mengenai model terbaru, DJI telah menawarkan Osmo Mobile 2 dengan harga yang lebih rendah berbanding model sebelumnya. Pengguna boleh mendapatkan DJI Osmo Mobile 2 dengan harga sekitar $129 (~RM514.39) berbanding model sebelumnya yang ditawarkan dengan harga $200 (~RM797.50).

https://www.youtube.com/watch?v=90ylUYBwdQs

Buat anda yang kerap merakam video atau ingin memulakan vlog, mendapatkan DJI Osmo Mobile 2 untuk dipadankan bersama smartphone anda antara pilihan yang baik.

Sumber