Sejak mula diperkenalkan, DJI Osmo bukan sahaja membuatkan para vlogger sahaja teruja, malah orang ramai turut berminat untuk mendapatkannya. Rekaannya yang moden serta mudah dibawa antara yang membuatkan DJI Osmo Pocket menjadi idaman ramai .

Seminggu selepas pelancaran rasmi, nampaknya DJI Osmo sudah mula ditawarkan secara pra-tempah di Malaysia dengan harga penawaran RM1,550.00. Menurut laman jualan, para pengguna berpeluang membuat tempahan serta mendapatkannya pada awal Januari.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Screenshot 2018-12-05 at 6.26.14 AM

DJI Osmo Pocket turut dilengkapkan dengan kamera bersensor 12-Megapixel f/2.0 dengan kemampuan rakaman video 4K 60fps. Sokongan mikroSD sehingga 256GB antara yang tersedia. Lebih menarik, disebalik saiznya yang kecil, DJI Osmo Pocket turut menawarkan skrin bersaiz 1-inci bagi memudahkan pengguna melihatnya secara terus daripada gimbal ini.

DJI Osmo Pocket bakal mula ditawarkan seawal 15 Disember ini dengan harga sekitar RM1,550.00. Adakah berbaloi? Pada kami ianya sebuah inovasi yang baru dalam industri gimbal dan sangat berbaloi untuk didapatkan buat mereka yang kerap melakukan vlog. Buat anda yang berminat anda boleh klik di sini untuk menempah.

Anda Mungkin Suka